Friday, September 13, 2013

wrestling di sekolah

ritsumeikan


Assalamualaikum wbt..entry kali ni aku ingin bercerita mengenai salah satu program yang memang agak femes di jepun dan bagi korg yang selalu tengok anime jepun mesti korg pernah perasan pasal aktiviti ni..

大学祭(daigaku-sai) ataupun university festival ni memang akan diadakan pada setiap tahun pada bulan november dan festival ni memang dibuka kepada public ..nama event ni berubah daripada 学園祭(gakuen-sai) untuk sekolah rendah dan menengah sampailah kepada daigakusai bagi peringkat universiti..
 
event ni merupakan salah satu event wajib yang perlu dihadiri bagi peringkat sekolah rendah dan menengah tetapi hanya menjadi sunat je bagi peringkat university..

ritsumeikan

"kenapa event ni penting?"

biasanya masa event ni lah sesuatu sekolah atau university tu berpeluang untuk mempromosikan tarikan tempat masing-masing kepada orang luar supaya mereka tertarik untuk masuk unversiti atau sekolah tu nanti..

dan bagi kelab dan persatuan, masa event ni jugaklah dorg akan buka gerai-gerai makanan untuk dapatkan bajet lebih untuk kelab dorg..dan korg boleh lihat banyak makanan sedap-sedap masa tu tapi haram la untuk dimakan =.="
ritsumeikan

kebiasaannya pelajar Malaysia pun selalu je akan buka gerai untuk jual makanan kita seperti roti jala, goreng pisang dan sebagainya..dan kalau yang rajin sikit akan bukak booth untuk try pakaian malaysia macam baju kurung dan lain-lain.

kesimpulannya masa event ni korg boleh lihat bermacam-macam aktiviti yang akan dilakukan oleh orang-orang jepun ni dari gerai-gerai kecil sampailah kepada konsert dan pertunjukan wrestling dan juga pertunjukan bunga api..

ritsumeikan

"konsert? wrestling? bior bebenor??"

serius aku tak tipu..dan aku cakap ni berdasarkan daigakusai yang dibuat oleh universiti aku sendiri tahun lepas..serius kagum aku dapat tengok wrestling live depan mata..haha

bagi aku yang tak pernah rasa life sebenar universiti di Malaysia, aku tak pasti la event macam ni ada ke tak kat tempat kita..dan aku rasa daigakusai ni lebih kurang macam hari kantin masa kat sekolah dulu je kot..cuma lebih meriah dan gila-gila sikit..hee

nak tengok universiti aku?  sila klik entry universiti di jepun ya :)

so di Malaysia ada ke event macam ni dekat universiti kita? jom kongsikan di bawah ^_^
 


BISKUT PERCUMA - - - - ->>>


No comments: